MUSYFIY OIL: 2014

INFO TENTANG PENYAKIT ANDA (SERING PENGSAN)


Assalammualaikum w.b.t kepada pengunjung blog Musyfiy Oil.Terima kasih saya ucapkan kerana tidak jenuh untuk melawati blog Musyfiy Oil dan sentiasa mengikuti perkembangan terbaru dari Musyfiy Oil. In syaa Allah saya akan senantiasa berkongsi maklumat kepada anda semua. Entri kali ini saya akan berkongsi kepada pengunjung yang dikasihi sekalian tentang penyakit sering pengsan..


BAGAIMANAKAH PENGSAN BOLEH BERLAKU

Pengsan boleh berlaku apabila kadar peredaran darah seseorang itu tidak berjalan dengan baik yang mana ianya boleh mendatangkan tekanan yang hebat sehingga minda tidak dapat mengawal metabolisme badan.

Simptom " kurang daya menahan diri " merupakan satu penyebab seseorang itu mudah pengsan. Apa yang luar biasanya kadang-kadang orang yang sering pengsan itupun tidak pasti dan tidak tahu apakah sebab mereka pengsan.

Pengsan atau syncope boleh juga dijelaskan keadaan di mana seseorang itu hilang kesedaran disebabkan pengurangan bekalan darah beroksigen ke otak atau pun darah tersebut mengandungi benda berbahaya seperti kuman dan sebagainya. Biasanya orang yang pengsan tidak sedarkan diri, pucat serta denyutan nadi perlahan.



FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PENGSAN

Adakalanya pengsan berlaku pada tahap yang biasa sahaja dan ada juga dikira sebagai berbahaya. Dalam kajian saintifik, beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu pengsan ialah :-
  1. Reaksi terhadap kesakitan, takut, gangguan emosi yang keterlaluan, letih atau kurang makan.
  2. Selepas aktiviti fizikal yang berpanjangan, terutama dalam keadaan panas atau dalam keadaan berdiri.
  3. Berada di sesuatu tempat yang tidak mengandungi oksigen yang mencukupi.
Kalau dilihat pada faktor yang kedua, contoh yang sering berlaku ialah ketika kawad kaki di kalangan pelajar sekolah. Pelajar yang pengsan itu sebenarnya adalah normal disebabkan darah beroksigen tidak sampai ke otak kerana darah berkumpul di bawah badan akibat terlalu lama berdiri. Tindakan baring selepas pengsan itu adalah biasa yang mana darah akan mengalir mencukupi ke bahagian otak.



CARA MENYEDARKAN ORANG PENGSAN

Antara amalan yang boleh digunakan untuk menyedarkan orang yang pengsan ialah dengan membacakan bismiLlahirrahmanirrahim sebanyak 41 kali di ubun-ubun mereka. Sebelum itu hendaklah dipastikan terlebih dahulu haba panas di ubun-ubun orang yang pengsan tersebut menggunakan jari dan bacalah di tempat  itu dan hembuslah ke ubun-ubun tersebut setelah cukup 41 kali. Perlu diingatkan bacalah basmalah itu dengan bacaan sederhana.

*******************************************************


Walau bagaimana pun, ada pengsan yang berlaku tetapi bukan disebabkan faktor-faktor sebelum ini, lebih-lebih lagi pengsan yang berlaku secara tiba-tiba sahaja tanpa sebab musabab yang pasti. Biasanya pengsan yang sebegini adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus.



BAGAIMANAKAH MAKHLUK HALUS BOLEH MENYEBABKAN PENGSAN

Biasanya jin atau makhluk halus lain tinggal dalam tubuh badan manusia di kawasan-kawasan yang sakit.Contohnya :-
  1. Di belakang pada urat belikat.
  2. Di kawasan dalaman rahim.
  3. Di bahagian kepala.
  4. Di bahagian dada.
Gejala pengsan yang disebabkan gangguan makhluk halus hampir sama dengan pengsan biasa. Pengsan disebabkan jin dapat disimpulkan umpama satu kronologi ringkas seperti di bawah :-
  1. Terasa seolah-olah ada benda bergerak dalam perut atau kita rasa perut kita berkeroncong seolah lapar tapi sebenarnya baru leas makan.
  2. Tubuh badan merasa tidak selesa dan di tambah lagi perasaan yang berbaur yang tidak dapat diungkapkan melalui perkataan seperti perasaan marah, kecewa, sedih, tidak puas hati dan seumpamanya yang tidak diketahui puncanya.
  3. Dada terasa sempit, sesak nafas dan terasa seolah-olah saluran pernafasan mengecil menyebabkan seseorang payah untuk bernafas. Kadang-kadang payah bernafas disebabkan jantung terlalu aktif atau pun dada berdebar-debar terlalu kencang.
  4. Tengkuk rasa menebal sehingga terasa sesuatu aliran yang cepat (sejuk/kejutan/cecair) ke bahagian kepala. Pada ketika inilah ramai yang akan pengsan.  
Secara keseluruhannya, ke semua petanda itu berlaku terlalu cepat dan pada kebiasaannya ianya tidak sampai 1 minit pun. Simptom yang di atas adalah merujuk kepada pengsan yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus. Makhluk halus yang menyebabkan pengsan ini biasanya tinggal kawasan perut, hati dan dada manakala golongan  yang sering menghidapi pengsan jenis ini adalah di kalangan wanita memandangkan mereka mempunyai rahim iaitu ruang kosong yang ada pada wanita sekiranya mereka tidak mengandung. Keadaan yang demikian, selalunya akan menyebabkan wanita tersebut menghadapi masalah kitaran haid tidak menentu. 



SIFAT-SIFAT PENGSAN DISEBABKAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS
  1. Pengsan semasa tidur (paling berbahaya)
  2. Pengsan pada kekerapan waktu yang sama seperti setiap jam 1.00 - 2.00 tengahari.
  3. Pengsan pada sudut atau suatu kawasan / tempat seperti dalam bilik stor di rumah sendiri.
  4. Pengsan apabila terdengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
  5. Pengsan apabila bertembung dengan orang yang mengamalkan ayat Quran sebagai zikir
  6. Pengsan apabila terlalu sakit hati dan memendam perasaan.





















INFO TENTANG PENYAKIT ANDA (SAWAN TARIK)



Assalammualaikum buat pengunjung yang sudi melawat blog Musyfiy Oil..Saya berharap anda dalam keadaan sihat walafiat dan dalam keadaan yang menyenangkan...Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi satu lagi jenis penyakit yang dipanggil SAWAN TARIK. Harap anda tidak jenuh untuk membacanya...


APAKAH PENYAKIT SAWAN TARIK???

Sawan tarik ialah sawan yang berlaku akibat kekejangan urat saraf yang berlaku di salah satu sendi atau anggota tubuh badan.

Kekejangan boleh berlaku di bahagian sudut badan yang kecil seperti jari hingga ke bahu, muka hingga ke leher, dan ada juga kekejangan yang berlaku di seluruh badan dan ini merupakan sawan tarik yang sering berlaku.


GOLONGAN YANG BERPOTENSI TERKENA PENYAKIT SAWAN TARIK

Individu yang terkena sakit sawan tarik ini adalah tidak menentu. Boleh saja dikatakan dari umur yang sangat muda hinggalah yang paling tua. Walaupun begitu, sawan tarik jarang berlaku di kalangan bayi yang baru lahir.

Gejala sawan tarik iniboleh diklasifikasikan sebagai penyakit yang berbahaya, apa tidaknya...kekejangan yang berlaku boleh memutuskan urat saraf, mengoyakkan tulang rawan juga meleraikan tulang rangka badan manusia. Banyak kes sawan tarik yang berlaku menyebabkan gangguan pada sel otak, ini kerana sawan tarik ini berlaku apabila urat belikat dipenuhi oleh darah dan dipam lebih oleh jantung ke kawasan otak untuk membawa oksigen sehingga memutuskan urat-urat darah pada bahagian kepala dan mengembangkan sebahagian urat besar. Keadaan yang sedemikian biasanya menyebabkan individu tersebut menjadi seorang yang pelupa, suka berkhayal dan lambat memikirkan sesuatu.


CONTOH SAWAN TARIK

Antara bentuk sawan tarik yang sering berlaku ialah seperti berikut :-

  1. kejang di bahagian muka, kepala hingga ke leher, kadang-kadang ada kes seperti kepala seseorang itu terpulas ke belakang.
  2. kejang di seluruh badan dari kepala hingga ke kaki. Individu yang sawan tarik dalam keadaan ini umpama sekeping papan. Mana tidaknya, dari kepala sampai ke kaki mengerang dan mengejang. Jika kita memusingkan individu tersebut, hanya dari bahu sahaja manakala anggotan badan lain akan turut sama berpusing.
  3. kejang yang berlaku di salah satu anggota tubuh badan. Contohnya dari pinggang ke kaki, dari bahu hingga ke jari-jari tangan.
  4. kejang yang berlaku pada sudut-sudut kecil atau pancaindera seperti mata, mulut dan lidah. 
Perkara di atas hanyalah beberapa contoh sawan tarik yang sering berlaku. Ada banyak lagi contoh-contoh sawan tarik yang lain, tetapi ianya tidak dapat dijelaskan kerana setiap simptom sawan itu berbeza mengikut puncanya.

Perlu diketahui bahawa sawan tarik itu tidak semestinya kejang otot atau seumpamanya. Ada 2 jenis sawan tarik iaitu :-

1) Sawan tarik yang otot seseorang itu mengejang lurus.
Sawan jenis ini adalah yang paling banyak sekali berlaku.

2) Sawan tarik yang otot seseorang itu melonggar berhayun.
Sawan jenis ini sangat jarang berlaku. Namun, saya akan berikan contoh jenis sawan ini :-
  1. Kepala yang mengejang tetapi dalam masa yang sama, sebahagian anggota kepala bergerak-gerak seperti mulut yang tertarik-tarik ke tepi telinga ataupun mata yang sentiasa berkelip-kelip.
  2. Kaki yang mengejang tetapi membengkok berhayun-hayun seperti seseorang yang sedang menghidupkan motosikal. Kadang-kadang yang teruknya sekiranya individu tersebut berdiri, ada yang tidak duduk diam. Kerjanya hanya berjalan-jalan sahaja dan ini berlarutan sehingga 4,5 jam walaupun dalam ruang tamu rumah.

PUNCA-PUNCA SAWAN TARIK

Dari kajian saintifik, sawan tarik biasanya dapat dikenalpasti setelah ianya berlaku. Berdasarkan faktor semulajadi, sawan tarik biasanya berlaku disebabkan :-
  1. Tubuh yang terlalu penat menyebabkan adrenalin seseorang bertindak balas di luar kawalan yang biasa.
  2. Tubuh badan yang kurang garam mineral sedangkan sistem perkumuhan peluhnya bertindak seperti biasa.
  3. Tubuh badan yang tidak dapat menahan cuaca sejuk yang melampau.
  4. Kurang kandungan air dalam badan.
  5. Ketika seseorang itu kebuntuan untuk berfikir.
  6. Tekanan jiwa atau perasaan yang di luar kawalan minda.
Itu hanyalah sebahagian daripada punca-punca menerusi kajian saintifik berdasarkan sawan yang berlaku. Walaupun begitu, tidak semua sawan tarik adalah disebabkan seperti yang di atas. Berdasarkan kajian dan rawatan tradisional yang di buat ke atas pesakit sawan tarik adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus.

Ada hadits yang menjelaskan bahawa syaitan dan jin itu mengalir dalam tubuh badan manusia melalui saluran darah. Ya memang betul!!! Kekejangan  otot / urat saraf itu berlaku disebabkan ada makhluk halus yang menyumbat di saluran-saluran utama darah dan terutamanya di kawasan-kawasan yang tersembunyi seperti di bawah ketiak dan di celah kelangkang paha. Benjolan-benjolan pada kawasan tersebut kadang-kadang dapat dirasa dengan jari. Selagi biji-biji itu (benjolan) tidak hilang maka sawan tarik itu pasti akan berulang lagi.

Ada orang kata, biji atau benjolan itu adalah anak hantu tapi sebenarnya ia adalah biji sawan. Biji sawan itu terjadi apabila makhluk halus (angin) menyumbat di saluran darah tersebut, yang mengakibatkan darah tidak dapat mengalir ke anggota tertentu dan akhirnya menyebabkan kekejangan berlaku.

Perlu difahami bahawa ada sawan tarik yang berlaku spontan kerana jin memasuki badan seseorang tersebut. Bentuk-bentuk kekejangan sawan tarik tersebut adalah dipengaruhi dengan saiz badan makhluk halus yang menyerang ke dalam tubuh badan individu tersebut.


Nantikan sambungannya di lain waktu....wassalam.. 





HIMPUNAN TESTIMONI PENGGUNA MUSYFIY OIL



Assalammualaikum wbt buat pengunjung blog saya. Kali ini saya ingin kongsikan testimoni-testimoni daripada sebahagian pengguna yang memakai Musyfiy Oil. Kebanyakan testimoni pengguna kami bertindakbalas secara spontan ataupun sesuatu berlaku begitu sahaja kerana Musyfiy Oil dijamin akan bertindak balas dengan izin Allah secara langsung terhadap sesiapa yang mengalami gangguan makhluk halus sama ada ianya dari penyakit biasa atau luar biasa.
Namun begitu, Musyfiy Oil bukanlah terhad penggunaannya kepada seseorang yang mengalami gangguan makhluk halus seperti histeria, kerasukan disampuk dan sebagainya, kerana kadang-kadang simptom-simptom kecil    seperti penyakit yang biasa seperti selesema, penyakit kulit yang kita hidapi mungkin juga disebabkan oleh gangguan makhluk halus. Walaupun begitu., tindak balas yang berlaku tersebut adalah petanda awal sebagai proses rawatan. Apa pun yang berlaku itu semuanya adalah dengan izin Allah swt. 

















INFO TENTANG PENYAKIT ANDA (SAWAN TANGIS)




Assalammualaikum wbt buat pengunjung setia blog Musyfiy Oil.

Entri kali ini ingin saya berkongsi info yang sangat berfaedah untuk kita terutamanya ibu bapa dan bakal ibu bapa. Topik yang ingin saya kongsikan ialah berkenaan penyakit SAWAN TANGIS.



SIAPAKAH YANG BERPOTENSI TERKENA PENYAKIT SAWAN TANGIS??


Penyakit sawan tangis biasanya berlaku di kalangan anak-anak kecil, bayi dan kadang-kadang juga berlaku kepada kanak-kanak yang meningkat dewasa.

Namun secara keseluruhannya, majoriti yang terkena sakit ini ialah di kalangan bayi pada peringkat awal kelahiran sehinggalah mereka berumur 1tahun 2bulan.


PUNCA-PUNCA SAWAN TANGIS

Punca sawan tangis ini dipengaruhi oleh keadaan semasa yang tidak menentu iaitu sama ada ianya disebabkan oleh faktor persekitaran harian yang biasa ataupun disebabkan gangguan makhluk halus.

Sawan tangis yang disebabkan oleh faktor persekitaran harian biasa ialah :-
  1.   keadaan suhu bilik yang terlalu panas
  2.   keadaan suhu bilik yang terlalu sejuk
  3.   disebabkan lampin yang basah
  4.   bayi haus atau lapar
  5.   badan bayi yang melekit atau ditumbuhi ruam


Gejala di atas adalah cuma sebahagian kecil daripada punca anak-anak kecil meragam sehinggalah mereka menangis. Walaupun begitu, keadaan-keadaan yang di atas tidaklah sampai menyebabkan bayi/anak kecil menangis berlanjutan.

# Sebahagian besar masalah sawan tangis di kalangan anak kecil adalah disebabkan gangguan makhluk halus dan ini merupakan faktor utama sawan tangis. 


CIRI-CIRI SAWAN TANGIS YANG DISEBABKAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS  :-
  1. Menangis pada waktu tertentu sahaja seperti masa maghrib,setiap waktu diakhir malam (jam 11.00-jam 1.00) pada setiap hari.
  2. Menangis tiba-tiba dengan kuat tanpa diketahui puncanya.
  3. Menangis merengek-rengek yang berpanjangan tanpa diketahui puncanya terutama di akhir-akhir malam.
  4. Mata bayi/anak kecil hanya memandang sesuatu sudut ketika menangis
  5. Mata bayi tidak mengeluarkan air mata ketika sedang menangis.
  6. Mata bayi tertutup rapat ketika menangis tetapi di antara kedua matanya seolah-olah sedang berfikir.
  7. Banyak biji-biji/benjolan kecil di sekitar kepala terutama di belakang kepala.
Ciri-ciri di atas hanya sebahagian kecil petanda sawan tangis yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus.

BAGAIMANA BAYI & ANAK KECIL BOLEH TERKENA SAWAN TANGIS YANG DISEBABKAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Secara alami, anak-anak kecil kita mempunyai deria penglihatan yang sangat tajam. Bukan sahaja mata tetapi deria telinga dan hidung mereka juga. Mereka boleh mengecam suara ibu bapa mereka hatta mencium bau tubuh badan ibu bapa mereka.

Pada di awal usia bayi kita, mata mereka sangat terang dan jelas sehinggakan mereka boleh merangkak atau merayap dalam bilik mengambil sesuatu barang walaupun gelap tanpa lampu.
Begitulah hakikatnya, mata mereka juga dikurniakan dapat melihat serta menembusi alam ghaib (makhluk halus). Ini disebabkan hijab penglihatan mereka masih terbuka. Semakin dewasa anak tersebut, maka hijab ghaibnya akan semakin tertutup dan ianya akan terbuka semula apabila seseorang itu diambang sakaratul maut bermula dari hari ke-100 yang terakhir tibanya ajal mereka.
Walaupun begitu, ada juga yang kekal terbuka hijabnya sehingga mereka dewasa iaitu sama ada ianya kurniaan Allah semulajadi,  pembelajaran ataupun penurunan ilmu saka daripada keluarga.

Apabila bayi terlihat sesuatu (makhluk halus) yang menakutkan disebabkan riak wajah mereka yang hampir-hampir tidak sama serta ganjil, mata mereka akan merekodkan rupa tersebut sehingga berlaku perubahan darah secara mengejut sehingga mengencangkan urat-urat yang ada di bahagian kepala, badan dan anggota-anggota lain.

Disebabkan perubahan itu, bayi atau anak kecil tersebut akan menagis. Tambahan mereka masih belum pandai untuk memberitahu apa yang mereka nampak. Kadang-kadang bayi juga menangis terlalu lama siang dan malam, ini kerana bila mana mereka buka mata sahaja, wajah yang menakutkan itu terus sahaja terpampang di hadapan mereka. Ini ditambah lagi kekuatan mata makhluk halus yang mempunyai sinar " Sihrul 'Ain " yang tidak akan hilang selagi ianya tidak dirawat dengan kaedah yang betul.

Kadang-kadang ianya hilang sendiri juga tetapi kemungkinan besar bayi tersebut akan terkena sakit gangguan lain seperti sawan tarik, masalah kulit, demam berkala setiap bulan dan seumpamanya.

Sawan tangis yang teruk ialah apabila bayi atau anak kecil itu menangis tidak henti-henti siang malam sehingga berbulan-bulan tanpa tidur dan susu yang tidak mencukupi dan ada yang teruk lagi mata mereka bengkak, bertahi mata dan badan yang lemah longlai.

Kalau diikutkan macam sama sahaja dengan wayang "Ahmad Albab" ....ya begitulah...Ada juga sawan tangis ini disebabkan kesalahan ibubapa itu sendiri iaitu ketika bayi itu belum dilahirkan.

Kadang-kadang jin yang selalu disalahkan oleh manusia akan membalas dendam kepada anak-anak kecil orang yang menyakitkan mereka dengan cara menakutkan anak-anak mereka. Ada juga kejadian yang mana jin ini berminat dengan mana-mana bayi manusia, dan mereka bercadang untuk memeliharanya. Rupanya tanpa jin itu sedari, apabila dia memperlihatkan wajahnya, terkejut beruk bayi/anak kecil sehingga mereka menangis dan demam.

ANTARA PERLAKUAN / TINDAKAN IBU BAPA / AHLI KELUARGA YANG BOLEH MENYEBABKAN SAWAN TANGIS :-

  1. singgah di sesuatu kawasan mungkin untuk membuang air kecil atau seumpamanya di sepanjang perjalanan ke sesuatu destinasi.
  2. ibu bapa yang balik dari tempat orang mati atau tanah perkuburan.
  3. ibu bapa yang dari hutan atau kawasan-kawasan keras.
  4. ibu bapa yang membawa barang / alat pertanian / peliharaan ke rumah seperti parang lama, jala, pukat, bubuh, dan seumpamanya.
  5. pergi ke rumah / kawasan yang situasinya berlainan dari kebiasaan.

Banyak lagi punca-punca lain., nantikan entri yang akan datang...


CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN


Assalammualaikum wbt buat pengunjung blog saya.
Jika anda berminat untuk menempah Musyfiy Oil, sila ikuti panduan cara-cara pembayaran seperti dibawah :-
  • Nama bank  CIMB BANK - 7607761278 - HUSSAINI BIN AMIRBEK 
  • No handphone - 0198436029 (sms/whatsaap/wechat/line)
Selepas bank in, sila berikan maklumat lengkap seperti di bawah :-
  1. Akaun bank in
  2. Jumlah pembayaran (sertakan bersama gambar resit pembayaran jika pembayaran dilakukan di atm/gambar screenshoot jika menggunakan online)
  3. Nama produk yang ditempah
  4. Bilangan produk yang ditempah
  5. Nama penuh
  6. Alamat penuh
  7. No handphone

JIKA MENGGUNAKAN CIMBCLICK / MAYBANK2U,SILA MASUKKAN RECIPIENT EMAIL PADA TRANSAKSI YANG DILAKUKAN BAGI MEMUDAHKAN SAYA UNTUK MENYEMAK PEMBAYARAN ~ musyfiyoil@gmail.com



RM25/BOTOL


JENIS-JENIS WANGIAN MUSYFIY OIL



 MUSYFIY OIL MENYEDIAKAN 12 JENIS WANGIAN
YANG SESUAI DIGUNAKAN SETIAP HARI OLEH PELBAGAI LAPISAN UMUR & JANTINA.
DARI BAYI,KANAK-KANAK,REMAJA,WANITA & LELAKI.







































CARA PEMAKAIAN MINYAK MUSYFIY OIL






Biasanya untuk rawatan sesuatu penyakit yang disebabkan gangguan makhluk halus ianya tidaklah sama bagi semua orang. Ini disebabkan bintang seseorang itu tidak sama antara seseorang dengan orang yang lain. Pada kebiasaannya setiap perawat tidak menggunakan kaedah rawatan yang sama walau pun sakit yang dirawat adalah sama setiap kali. Bagi perawat, bentuk rawatan bagi seseorang itu dapat dikenalpasti hanya ketika mereka baru bertemu dengan pesakit tapi ada juga perawat yang mampu mengenalpasti dan merawat dari jarak jauh seseorang itu sebelum ianya sampai ke rumah perawat tersebut.

Bagi wangian Musyfiy Oil, di bawah ini saya nyatakan cara-cara bagaimana menggunakan wangian ini berdasarkan kategori penyakit tertentu. Kaedah ini adalah berdasarkan kepada kekerapan yang dilakukan kepada pesakit secara umum.

Walau bagaimana pun, perlu diperjelaskan bahawa wangian ini pada asalnya adalah sekadar wangian yang boleh dicalitkan di mana-mana anggota tubuh badan. Cuma sahaja, wangian ini telah dibacakan dan dimasukkan kuasa kesembuhan yang semuanya adalah keizinan Allah jua. Oleh itu, untuk rawatan bagi penyakit/sakit tertentu, ada sudut-sudut atau bahagian tertentu yang perlu dicalit menggunakan wangian ini.

Perlu difahami dengan jelas, pesakit khususnya yang disebabkan gangguan makhluk halus akan memberi respon yang berbeza mengikut sakit, penyakit dan pesakit itu sendiri. Walau pun begitu, ada juga yang tidak bertindakbalas dari segi fizikal yang sedar tetapi berlaku ketika diri dalam keadaan separa sedar seperti tidur, mengantuk, terlalu penat dan seumpamanya.

Berikut di bawah ialah cara penggunaan Musyfiy Oil mengikut jenis penyakit:-

1) HISTERIA, KERASUKAN
  • calitkan di dahi sehingga ke ubun-ubun kepala.
  • calitkan di tengah-tengah tapak tangan.
  • calitkan di tengah-tengah pusar rambut di kepala.
kemudian tepuk pusar rambut tersebut menggunakan tapak tangan kita dengan tepukan yang kuat sedikit sambil bertakbir "Allahu Akbar" di dalam hati dan dalam masa yang sama melepaskan nafas melalui hidung.


2) DISAMPUK/KETEGURAN
  • dicalitkan di sepanjang ubun-ubun kepala.
  • dicalitkan di belakang tengkuk.
  • mencium bau wangian tersebut sambil membaca selawat ke atas nabi.

3) DINAH [(PENYAKIT DARI ALAM JIN) seperti tangan tidak boleh boleh        diangkat, mata berkelip-kelip, kaki bergerak-gerak, muka bertarik dan        seumpamanya] 
  • calitkan di kawasan yang sakit kemudian gosok dengan tangan kita sehingga kita rasa panas sedikit.

4) SAWAN TANGIS (DARI KERAP MENANGIS HINGGA MENANGIS                      BERTERUSAN SEHINGGA BERMINGGU-MINGGU)
  • dicalitkan pada kelopak mata (sekadar ada bau).
  • dicalitkan di belakang tengkuk.
  • diciumkan kepada bayi/anak kecil dan di calitkan sedikit di pakaian.
  • ditambah sedikit dalam air mandian.

5) SAWAN TARIK
  • dicalitkan di belakang tengkuk kiri dan kanan.
  • dicalitkan di 2 ketiak, 2 celah kelangkang paha dan pinggang belakang kiri dan kanan.
  • dicalitkan di biji/benjolan yang ada di kepala (sekiranya ada)

6) INSOMNIA
  • dicalitkan pada semua lipatan dan celah-celah setiap sendi (sekadar ada bau)
  • dihidu kemudian baca mana-mana ayat Al Quran seperti Surah An-Nas, Al-Falak, Ayat Kursiy dan seumpamanya.


7) PELEMBUT HATI/PENERANG HATI
  • menggunakan seperti wangian biasa sambil membaca Surah Al-Insyirah


8) PELUPA
  • dicalitkan di kepala dan dada setiap kali tidur malam. Tidurlah sambil berzikir/membaca Surah Al-Fatihah.

9) TAWAR BISA ULAR (rujuk hospital terlebih dahulu)

    1- Sekiranya patukan di bahagian pusat ke kaki :-
  • calitkan di kedua-dua lutut dan kedua-dua tapak kaki.
  • calitkan di celah ibu jari kaki (kaki mana yang dipatuk), kemudian sisipkan kayu bulat kecil di celah tersebut.
   
   2- Sekiranya patukan di bahagian pusat ke kepala :- 
  • calitkan di kedua-dua bahu dan tapak tangan.
  • calitkan di celah-celah ibu jari tangan (tangan mana yang dipatuk), kemudian sisipkan kayu bulat kecil di celah tersebut sambil digenggam.

# p/s Sebaik-baiknya sesiapa yang dipatuk ular, hendaklah dia bersegera mencari/meminum air sebelum ular itu juga mencari air. Biasanya ular akan mencari air selepas ia mematuk mangsanya. Kata orang-orang tua kalau ular itu terlebih dahulu minum air, maka mangsa patukannya itu akan merana sedikit atau boleh membawa kepada maut. Tapi sekiranya mangsa patukan lebih awal menjumpai/meminum air maka dia tidak akan menderita sakit dan ianya cepat sembuh.

MEMPERKENALKAN MINYAK WANGI KASTURI " MUSYFIY OIL"


Assalammualaikum w.b.t dan selamat datang buat pengunjung blog ini. 

 Adakah anda tercari-cari wangian yang bukan hanya sekadar haruman sahaja tetapi juga dapat digunakan sebagai inisiatif penyembuhan kepada beberapa penyakit.
Jika jawapan anda 'ya' ,inilah yang anda cari. Memperkenalkan....

Wangian yang didatangkan dalam pelbagai wangian kasturi terpilih. Antaranya ialah:

  1. KASTURI SALJI
  2. KASTURI HITAM
  3. KASTURI ASLI
  4. KASTURI MERAH
  5. KASTURI AMBAR HIJAU
  6. KASTURI MEKAH
  7. KASTURI ZAFRAN
  8. KASTURI PUTEH
  9. KASTURI HIJAU
  10. KASTURI AMBAR SUSU
  11. KASTURI AMBAR MAWAR
  12. KASTURI SULTANAH
  13. KASTURI MAWAR 


"Musyfiy Oil" ini telah ditambahbacakan beberapa peringkat ayat-ayat Ruqyah. 

Peringkat 1 iaitu bacaan asas seperti :
  1. Surah Al-fatihah                171 kali
  2. Ayat Seribu Hikmat            44  kali
  3. Ayatul Kursiy                     313 kali
  4. Surah Yaasin                         7 kali
  5. Ayat Seribu Dinar              100 kali
  6. Surah Al-Hasyr (11-13)       25 kali
  7. Surah Muawwizatain           55 kali

Peringkat 2 iaitu bacaan doa-doa khusus bagi beberapa penyakit :
Ruqyah dan penawar asas (bagi semua jenis kasturi Musyfiy Oil)
  1. Histeria,kerasukan,disampuk,Dinah
  2. Sawan tangis,sawan tarik,insomnia
  3. Pelembut hati,penerang hati,pelupa
  4. Tawar bisa ular,bisa lipan,bisa 
  5. Kudis buta,penyakit kulit kronik
  6. Migrain,sakit kepala,selalu pening


Peringkat 3 iaitu Ruqyah serta doa tambahan KHUSUS bagi

  1. Kasturi Asli - Sering pengsan, Koma dan Strok
  2. Kasturi Mekah - Lemah/hilang semangat, gila meroyan
  3. Kasturi Salji - Sawan bulan mengambang, sihir (pemecah)







Diriwayatkan oleh Abu Uthman Al-Nahdi bahawa Rasulullah S.A.W " Apabila seseorang dari kamu diberikan Minyak Wangi maka dia tidak boleh ditolak kerana sesuatu yang wangi itu dari syurga" (Hadis Riwayat oleh At-Tirmizi)

"Sebaik-baik wangian ialah Minyak Kasturi" (Hadis Riwayat Muslim)



KHASIAT MINYAK KASTURI



PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN