MUSYFIY OIL: CARA PEMAKAIAN MINYAK MUSYFIY OIL

CARA PEMAKAIAN MINYAK MUSYFIY OIL






Biasanya untuk rawatan sesuatu penyakit yang disebabkan gangguan makhluk halus ianya tidaklah sama bagi semua orang. Ini disebabkan bintang seseorang itu tidak sama antara seseorang dengan orang yang lain. Pada kebiasaannya setiap perawat tidak menggunakan kaedah rawatan yang sama walau pun sakit yang dirawat adalah sama setiap kali. Bagi perawat, bentuk rawatan bagi seseorang itu dapat dikenalpasti hanya ketika mereka baru bertemu dengan pesakit tapi ada juga perawat yang mampu mengenalpasti dan merawat dari jarak jauh seseorang itu sebelum ianya sampai ke rumah perawat tersebut.

Bagi wangian Musyfiy Oil, di bawah ini saya nyatakan cara-cara bagaimana menggunakan wangian ini berdasarkan kategori penyakit tertentu. Kaedah ini adalah berdasarkan kepada kekerapan yang dilakukan kepada pesakit secara umum.

Walau bagaimana pun, perlu diperjelaskan bahawa wangian ini pada asalnya adalah sekadar wangian yang boleh dicalitkan di mana-mana anggota tubuh badan. Cuma sahaja, wangian ini telah dibacakan dan dimasukkan kuasa kesembuhan yang semuanya adalah keizinan Allah jua. Oleh itu, untuk rawatan bagi penyakit/sakit tertentu, ada sudut-sudut atau bahagian tertentu yang perlu dicalit menggunakan wangian ini.

Perlu difahami dengan jelas, pesakit khususnya yang disebabkan gangguan makhluk halus akan memberi respon yang berbeza mengikut sakit, penyakit dan pesakit itu sendiri. Walau pun begitu, ada juga yang tidak bertindakbalas dari segi fizikal yang sedar tetapi berlaku ketika diri dalam keadaan separa sedar seperti tidur, mengantuk, terlalu penat dan seumpamanya.

Berikut di bawah ialah cara penggunaan Musyfiy Oil mengikut jenis penyakit:-

1) HISTERIA, KERASUKAN
  • calitkan di dahi sehingga ke ubun-ubun kepala.
  • calitkan di tengah-tengah tapak tangan.
  • calitkan di tengah-tengah pusar rambut di kepala.
kemudian tepuk pusar rambut tersebut menggunakan tapak tangan kita dengan tepukan yang kuat sedikit sambil bertakbir "Allahu Akbar" di dalam hati dan dalam masa yang sama melepaskan nafas melalui hidung.


2) DISAMPUK/KETEGURAN
  • dicalitkan di sepanjang ubun-ubun kepala.
  • dicalitkan di belakang tengkuk.
  • mencium bau wangian tersebut sambil membaca selawat ke atas nabi.

3) DINAH [(PENYAKIT DARI ALAM JIN) seperti tangan tidak boleh boleh        diangkat, mata berkelip-kelip, kaki bergerak-gerak, muka bertarik dan        seumpamanya] 
  • calitkan di kawasan yang sakit kemudian gosok dengan tangan kita sehingga kita rasa panas sedikit.

4) SAWAN TANGIS (DARI KERAP MENANGIS HINGGA MENANGIS                      BERTERUSAN SEHINGGA BERMINGGU-MINGGU)
  • dicalitkan pada kelopak mata (sekadar ada bau).
  • dicalitkan di belakang tengkuk.
  • diciumkan kepada bayi/anak kecil dan di calitkan sedikit di pakaian.
  • ditambah sedikit dalam air mandian.

5) SAWAN TARIK
  • dicalitkan di belakang tengkuk kiri dan kanan.
  • dicalitkan di 2 ketiak, 2 celah kelangkang paha dan pinggang belakang kiri dan kanan.
  • dicalitkan di biji/benjolan yang ada di kepala (sekiranya ada)

6) INSOMNIA
  • dicalitkan pada semua lipatan dan celah-celah setiap sendi (sekadar ada bau)
  • dihidu kemudian baca mana-mana ayat Al Quran seperti Surah An-Nas, Al-Falak, Ayat Kursiy dan seumpamanya.


7) PELEMBUT HATI/PENERANG HATI
  • menggunakan seperti wangian biasa sambil membaca Surah Al-Insyirah


8) PELUPA
  • dicalitkan di kepala dan dada setiap kali tidur malam. Tidurlah sambil berzikir/membaca Surah Al-Fatihah.

9) TAWAR BISA ULAR (rujuk hospital terlebih dahulu)

    1- Sekiranya patukan di bahagian pusat ke kaki :-
  • calitkan di kedua-dua lutut dan kedua-dua tapak kaki.
  • calitkan di celah ibu jari kaki (kaki mana yang dipatuk), kemudian sisipkan kayu bulat kecil di celah tersebut.
   
   2- Sekiranya patukan di bahagian pusat ke kepala :- 
  • calitkan di kedua-dua bahu dan tapak tangan.
  • calitkan di celah-celah ibu jari tangan (tangan mana yang dipatuk), kemudian sisipkan kayu bulat kecil di celah tersebut sambil digenggam.

# p/s Sebaik-baiknya sesiapa yang dipatuk ular, hendaklah dia bersegera mencari/meminum air sebelum ular itu juga mencari air. Biasanya ular akan mencari air selepas ia mematuk mangsanya. Kata orang-orang tua kalau ular itu terlebih dahulu minum air, maka mangsa patukannya itu akan merana sedikit atau boleh membawa kepada maut. Tapi sekiranya mangsa patukan lebih awal menjumpai/meminum air maka dia tidak akan menderita sakit dan ianya cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment