MUSYFIY OIL: INFO TENTANG PENYAKIT ANDA (SERING PENGSAN)

INFO TENTANG PENYAKIT ANDA (SERING PENGSAN)


Assalammualaikum w.b.t kepada pengunjung blog Musyfiy Oil.Terima kasih saya ucapkan kerana tidak jenuh untuk melawati blog Musyfiy Oil dan sentiasa mengikuti perkembangan terbaru dari Musyfiy Oil. In syaa Allah saya akan senantiasa berkongsi maklumat kepada anda semua. Entri kali ini saya akan berkongsi kepada pengunjung yang dikasihi sekalian tentang penyakit sering pengsan..


BAGAIMANAKAH PENGSAN BOLEH BERLAKU

Pengsan boleh berlaku apabila kadar peredaran darah seseorang itu tidak berjalan dengan baik yang mana ianya boleh mendatangkan tekanan yang hebat sehingga minda tidak dapat mengawal metabolisme badan.

Simptom " kurang daya menahan diri " merupakan satu penyebab seseorang itu mudah pengsan. Apa yang luar biasanya kadang-kadang orang yang sering pengsan itupun tidak pasti dan tidak tahu apakah sebab mereka pengsan.

Pengsan atau syncope boleh juga dijelaskan keadaan di mana seseorang itu hilang kesedaran disebabkan pengurangan bekalan darah beroksigen ke otak atau pun darah tersebut mengandungi benda berbahaya seperti kuman dan sebagainya. Biasanya orang yang pengsan tidak sedarkan diri, pucat serta denyutan nadi perlahan.



FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PENGSAN

Adakalanya pengsan berlaku pada tahap yang biasa sahaja dan ada juga dikira sebagai berbahaya. Dalam kajian saintifik, beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu pengsan ialah :-
  1. Reaksi terhadap kesakitan, takut, gangguan emosi yang keterlaluan, letih atau kurang makan.
  2. Selepas aktiviti fizikal yang berpanjangan, terutama dalam keadaan panas atau dalam keadaan berdiri.
  3. Berada di sesuatu tempat yang tidak mengandungi oksigen yang mencukupi.
Kalau dilihat pada faktor yang kedua, contoh yang sering berlaku ialah ketika kawad kaki di kalangan pelajar sekolah. Pelajar yang pengsan itu sebenarnya adalah normal disebabkan darah beroksigen tidak sampai ke otak kerana darah berkumpul di bawah badan akibat terlalu lama berdiri. Tindakan baring selepas pengsan itu adalah biasa yang mana darah akan mengalir mencukupi ke bahagian otak.



CARA MENYEDARKAN ORANG PENGSAN

Antara amalan yang boleh digunakan untuk menyedarkan orang yang pengsan ialah dengan membacakan bismiLlahirrahmanirrahim sebanyak 41 kali di ubun-ubun mereka. Sebelum itu hendaklah dipastikan terlebih dahulu haba panas di ubun-ubun orang yang pengsan tersebut menggunakan jari dan bacalah di tempat  itu dan hembuslah ke ubun-ubun tersebut setelah cukup 41 kali. Perlu diingatkan bacalah basmalah itu dengan bacaan sederhana.

*******************************************************


Walau bagaimana pun, ada pengsan yang berlaku tetapi bukan disebabkan faktor-faktor sebelum ini, lebih-lebih lagi pengsan yang berlaku secara tiba-tiba sahaja tanpa sebab musabab yang pasti. Biasanya pengsan yang sebegini adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus.



BAGAIMANAKAH MAKHLUK HALUS BOLEH MENYEBABKAN PENGSAN

Biasanya jin atau makhluk halus lain tinggal dalam tubuh badan manusia di kawasan-kawasan yang sakit.Contohnya :-
  1. Di belakang pada urat belikat.
  2. Di kawasan dalaman rahim.
  3. Di bahagian kepala.
  4. Di bahagian dada.
Gejala pengsan yang disebabkan gangguan makhluk halus hampir sama dengan pengsan biasa. Pengsan disebabkan jin dapat disimpulkan umpama satu kronologi ringkas seperti di bawah :-
  1. Terasa seolah-olah ada benda bergerak dalam perut atau kita rasa perut kita berkeroncong seolah lapar tapi sebenarnya baru leas makan.
  2. Tubuh badan merasa tidak selesa dan di tambah lagi perasaan yang berbaur yang tidak dapat diungkapkan melalui perkataan seperti perasaan marah, kecewa, sedih, tidak puas hati dan seumpamanya yang tidak diketahui puncanya.
  3. Dada terasa sempit, sesak nafas dan terasa seolah-olah saluran pernafasan mengecil menyebabkan seseorang payah untuk bernafas. Kadang-kadang payah bernafas disebabkan jantung terlalu aktif atau pun dada berdebar-debar terlalu kencang.
  4. Tengkuk rasa menebal sehingga terasa sesuatu aliran yang cepat (sejuk/kejutan/cecair) ke bahagian kepala. Pada ketika inilah ramai yang akan pengsan.  
Secara keseluruhannya, ke semua petanda itu berlaku terlalu cepat dan pada kebiasaannya ianya tidak sampai 1 minit pun. Simptom yang di atas adalah merujuk kepada pengsan yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus. Makhluk halus yang menyebabkan pengsan ini biasanya tinggal kawasan perut, hati dan dada manakala golongan  yang sering menghidapi pengsan jenis ini adalah di kalangan wanita memandangkan mereka mempunyai rahim iaitu ruang kosong yang ada pada wanita sekiranya mereka tidak mengandung. Keadaan yang demikian, selalunya akan menyebabkan wanita tersebut menghadapi masalah kitaran haid tidak menentu. 



SIFAT-SIFAT PENGSAN DISEBABKAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS
  1. Pengsan semasa tidur (paling berbahaya)
  2. Pengsan pada kekerapan waktu yang sama seperti setiap jam 1.00 - 2.00 tengahari.
  3. Pengsan pada sudut atau suatu kawasan / tempat seperti dalam bilik stor di rumah sendiri.
  4. Pengsan apabila terdengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
  5. Pengsan apabila bertembung dengan orang yang mengamalkan ayat Quran sebagai zikir
  6. Pengsan apabila terlalu sakit hati dan memendam perasaan.





















No comments:

Post a Comment