MUSYFIY OIL: INFO TENTANG PENYAKIT ANDA (SAWAN TANGIS)

INFO TENTANG PENYAKIT ANDA (SAWAN TANGIS)




Assalammualaikum wbt buat pengunjung setia blog Musyfiy Oil.

Entri kali ini ingin saya berkongsi info yang sangat berfaedah untuk kita terutamanya ibu bapa dan bakal ibu bapa. Topik yang ingin saya kongsikan ialah berkenaan penyakit SAWAN TANGIS.



SIAPAKAH YANG BERPOTENSI TERKENA PENYAKIT SAWAN TANGIS??


Penyakit sawan tangis biasanya berlaku di kalangan anak-anak kecil, bayi dan kadang-kadang juga berlaku kepada kanak-kanak yang meningkat dewasa.

Namun secara keseluruhannya, majoriti yang terkena sakit ini ialah di kalangan bayi pada peringkat awal kelahiran sehinggalah mereka berumur 1tahun 2bulan.


PUNCA-PUNCA SAWAN TANGIS

Punca sawan tangis ini dipengaruhi oleh keadaan semasa yang tidak menentu iaitu sama ada ianya disebabkan oleh faktor persekitaran harian yang biasa ataupun disebabkan gangguan makhluk halus.

Sawan tangis yang disebabkan oleh faktor persekitaran harian biasa ialah :-
  1.   keadaan suhu bilik yang terlalu panas
  2.   keadaan suhu bilik yang terlalu sejuk
  3.   disebabkan lampin yang basah
  4.   bayi haus atau lapar
  5.   badan bayi yang melekit atau ditumbuhi ruam


Gejala di atas adalah cuma sebahagian kecil daripada punca anak-anak kecil meragam sehinggalah mereka menangis. Walaupun begitu, keadaan-keadaan yang di atas tidaklah sampai menyebabkan bayi/anak kecil menangis berlanjutan.

# Sebahagian besar masalah sawan tangis di kalangan anak kecil adalah disebabkan gangguan makhluk halus dan ini merupakan faktor utama sawan tangis. 


CIRI-CIRI SAWAN TANGIS YANG DISEBABKAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS  :-
  1. Menangis pada waktu tertentu sahaja seperti masa maghrib,setiap waktu diakhir malam (jam 11.00-jam 1.00) pada setiap hari.
  2. Menangis tiba-tiba dengan kuat tanpa diketahui puncanya.
  3. Menangis merengek-rengek yang berpanjangan tanpa diketahui puncanya terutama di akhir-akhir malam.
  4. Mata bayi/anak kecil hanya memandang sesuatu sudut ketika menangis
  5. Mata bayi tidak mengeluarkan air mata ketika sedang menangis.
  6. Mata bayi tertutup rapat ketika menangis tetapi di antara kedua matanya seolah-olah sedang berfikir.
  7. Banyak biji-biji/benjolan kecil di sekitar kepala terutama di belakang kepala.
Ciri-ciri di atas hanya sebahagian kecil petanda sawan tangis yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus.

BAGAIMANA BAYI & ANAK KECIL BOLEH TERKENA SAWAN TANGIS YANG DISEBABKAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Secara alami, anak-anak kecil kita mempunyai deria penglihatan yang sangat tajam. Bukan sahaja mata tetapi deria telinga dan hidung mereka juga. Mereka boleh mengecam suara ibu bapa mereka hatta mencium bau tubuh badan ibu bapa mereka.

Pada di awal usia bayi kita, mata mereka sangat terang dan jelas sehinggakan mereka boleh merangkak atau merayap dalam bilik mengambil sesuatu barang walaupun gelap tanpa lampu.
Begitulah hakikatnya, mata mereka juga dikurniakan dapat melihat serta menembusi alam ghaib (makhluk halus). Ini disebabkan hijab penglihatan mereka masih terbuka. Semakin dewasa anak tersebut, maka hijab ghaibnya akan semakin tertutup dan ianya akan terbuka semula apabila seseorang itu diambang sakaratul maut bermula dari hari ke-100 yang terakhir tibanya ajal mereka.
Walaupun begitu, ada juga yang kekal terbuka hijabnya sehingga mereka dewasa iaitu sama ada ianya kurniaan Allah semulajadi,  pembelajaran ataupun penurunan ilmu saka daripada keluarga.

Apabila bayi terlihat sesuatu (makhluk halus) yang menakutkan disebabkan riak wajah mereka yang hampir-hampir tidak sama serta ganjil, mata mereka akan merekodkan rupa tersebut sehingga berlaku perubahan darah secara mengejut sehingga mengencangkan urat-urat yang ada di bahagian kepala, badan dan anggota-anggota lain.

Disebabkan perubahan itu, bayi atau anak kecil tersebut akan menagis. Tambahan mereka masih belum pandai untuk memberitahu apa yang mereka nampak. Kadang-kadang bayi juga menangis terlalu lama siang dan malam, ini kerana bila mana mereka buka mata sahaja, wajah yang menakutkan itu terus sahaja terpampang di hadapan mereka. Ini ditambah lagi kekuatan mata makhluk halus yang mempunyai sinar " Sihrul 'Ain " yang tidak akan hilang selagi ianya tidak dirawat dengan kaedah yang betul.

Kadang-kadang ianya hilang sendiri juga tetapi kemungkinan besar bayi tersebut akan terkena sakit gangguan lain seperti sawan tarik, masalah kulit, demam berkala setiap bulan dan seumpamanya.

Sawan tangis yang teruk ialah apabila bayi atau anak kecil itu menangis tidak henti-henti siang malam sehingga berbulan-bulan tanpa tidur dan susu yang tidak mencukupi dan ada yang teruk lagi mata mereka bengkak, bertahi mata dan badan yang lemah longlai.

Kalau diikutkan macam sama sahaja dengan wayang "Ahmad Albab" ....ya begitulah...Ada juga sawan tangis ini disebabkan kesalahan ibubapa itu sendiri iaitu ketika bayi itu belum dilahirkan.

Kadang-kadang jin yang selalu disalahkan oleh manusia akan membalas dendam kepada anak-anak kecil orang yang menyakitkan mereka dengan cara menakutkan anak-anak mereka. Ada juga kejadian yang mana jin ini berminat dengan mana-mana bayi manusia, dan mereka bercadang untuk memeliharanya. Rupanya tanpa jin itu sedari, apabila dia memperlihatkan wajahnya, terkejut beruk bayi/anak kecil sehingga mereka menangis dan demam.

ANTARA PERLAKUAN / TINDAKAN IBU BAPA / AHLI KELUARGA YANG BOLEH MENYEBABKAN SAWAN TANGIS :-

  1. singgah di sesuatu kawasan mungkin untuk membuang air kecil atau seumpamanya di sepanjang perjalanan ke sesuatu destinasi.
  2. ibu bapa yang balik dari tempat orang mati atau tanah perkuburan.
  3. ibu bapa yang dari hutan atau kawasan-kawasan keras.
  4. ibu bapa yang membawa barang / alat pertanian / peliharaan ke rumah seperti parang lama, jala, pukat, bubuh, dan seumpamanya.
  5. pergi ke rumah / kawasan yang situasinya berlainan dari kebiasaan.

Banyak lagi punca-punca lain., nantikan entri yang akan datang...


No comments:

Post a Comment