MUSYFIY OIL: INFO TENTANG PENYAKIT ANDA (SAWAN TARIK)

INFO TENTANG PENYAKIT ANDA (SAWAN TARIK)



Assalammualaikum buat pengunjung yang sudi melawat blog Musyfiy Oil..Saya berharap anda dalam keadaan sihat walafiat dan dalam keadaan yang menyenangkan...Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi satu lagi jenis penyakit yang dipanggil SAWAN TARIK. Harap anda tidak jenuh untuk membacanya...


APAKAH PENYAKIT SAWAN TARIK???

Sawan tarik ialah sawan yang berlaku akibat kekejangan urat saraf yang berlaku di salah satu sendi atau anggota tubuh badan.

Kekejangan boleh berlaku di bahagian sudut badan yang kecil seperti jari hingga ke bahu, muka hingga ke leher, dan ada juga kekejangan yang berlaku di seluruh badan dan ini merupakan sawan tarik yang sering berlaku.


GOLONGAN YANG BERPOTENSI TERKENA PENYAKIT SAWAN TARIK

Individu yang terkena sakit sawan tarik ini adalah tidak menentu. Boleh saja dikatakan dari umur yang sangat muda hinggalah yang paling tua. Walaupun begitu, sawan tarik jarang berlaku di kalangan bayi yang baru lahir.

Gejala sawan tarik iniboleh diklasifikasikan sebagai penyakit yang berbahaya, apa tidaknya...kekejangan yang berlaku boleh memutuskan urat saraf, mengoyakkan tulang rawan juga meleraikan tulang rangka badan manusia. Banyak kes sawan tarik yang berlaku menyebabkan gangguan pada sel otak, ini kerana sawan tarik ini berlaku apabila urat belikat dipenuhi oleh darah dan dipam lebih oleh jantung ke kawasan otak untuk membawa oksigen sehingga memutuskan urat-urat darah pada bahagian kepala dan mengembangkan sebahagian urat besar. Keadaan yang sedemikian biasanya menyebabkan individu tersebut menjadi seorang yang pelupa, suka berkhayal dan lambat memikirkan sesuatu.


CONTOH SAWAN TARIK

Antara bentuk sawan tarik yang sering berlaku ialah seperti berikut :-

  1. kejang di bahagian muka, kepala hingga ke leher, kadang-kadang ada kes seperti kepala seseorang itu terpulas ke belakang.
  2. kejang di seluruh badan dari kepala hingga ke kaki. Individu yang sawan tarik dalam keadaan ini umpama sekeping papan. Mana tidaknya, dari kepala sampai ke kaki mengerang dan mengejang. Jika kita memusingkan individu tersebut, hanya dari bahu sahaja manakala anggotan badan lain akan turut sama berpusing.
  3. kejang yang berlaku di salah satu anggota tubuh badan. Contohnya dari pinggang ke kaki, dari bahu hingga ke jari-jari tangan.
  4. kejang yang berlaku pada sudut-sudut kecil atau pancaindera seperti mata, mulut dan lidah. 
Perkara di atas hanyalah beberapa contoh sawan tarik yang sering berlaku. Ada banyak lagi contoh-contoh sawan tarik yang lain, tetapi ianya tidak dapat dijelaskan kerana setiap simptom sawan itu berbeza mengikut puncanya.

Perlu diketahui bahawa sawan tarik itu tidak semestinya kejang otot atau seumpamanya. Ada 2 jenis sawan tarik iaitu :-

1) Sawan tarik yang otot seseorang itu mengejang lurus.
Sawan jenis ini adalah yang paling banyak sekali berlaku.

2) Sawan tarik yang otot seseorang itu melonggar berhayun.
Sawan jenis ini sangat jarang berlaku. Namun, saya akan berikan contoh jenis sawan ini :-
  1. Kepala yang mengejang tetapi dalam masa yang sama, sebahagian anggota kepala bergerak-gerak seperti mulut yang tertarik-tarik ke tepi telinga ataupun mata yang sentiasa berkelip-kelip.
  2. Kaki yang mengejang tetapi membengkok berhayun-hayun seperti seseorang yang sedang menghidupkan motosikal. Kadang-kadang yang teruknya sekiranya individu tersebut berdiri, ada yang tidak duduk diam. Kerjanya hanya berjalan-jalan sahaja dan ini berlarutan sehingga 4,5 jam walaupun dalam ruang tamu rumah.

PUNCA-PUNCA SAWAN TARIK

Dari kajian saintifik, sawan tarik biasanya dapat dikenalpasti setelah ianya berlaku. Berdasarkan faktor semulajadi, sawan tarik biasanya berlaku disebabkan :-
  1. Tubuh yang terlalu penat menyebabkan adrenalin seseorang bertindak balas di luar kawalan yang biasa.
  2. Tubuh badan yang kurang garam mineral sedangkan sistem perkumuhan peluhnya bertindak seperti biasa.
  3. Tubuh badan yang tidak dapat menahan cuaca sejuk yang melampau.
  4. Kurang kandungan air dalam badan.
  5. Ketika seseorang itu kebuntuan untuk berfikir.
  6. Tekanan jiwa atau perasaan yang di luar kawalan minda.
Itu hanyalah sebahagian daripada punca-punca menerusi kajian saintifik berdasarkan sawan yang berlaku. Walaupun begitu, tidak semua sawan tarik adalah disebabkan seperti yang di atas. Berdasarkan kajian dan rawatan tradisional yang di buat ke atas pesakit sawan tarik adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus.

Ada hadits yang menjelaskan bahawa syaitan dan jin itu mengalir dalam tubuh badan manusia melalui saluran darah. Ya memang betul!!! Kekejangan  otot / urat saraf itu berlaku disebabkan ada makhluk halus yang menyumbat di saluran-saluran utama darah dan terutamanya di kawasan-kawasan yang tersembunyi seperti di bawah ketiak dan di celah kelangkang paha. Benjolan-benjolan pada kawasan tersebut kadang-kadang dapat dirasa dengan jari. Selagi biji-biji itu (benjolan) tidak hilang maka sawan tarik itu pasti akan berulang lagi.

Ada orang kata, biji atau benjolan itu adalah anak hantu tapi sebenarnya ia adalah biji sawan. Biji sawan itu terjadi apabila makhluk halus (angin) menyumbat di saluran darah tersebut, yang mengakibatkan darah tidak dapat mengalir ke anggota tertentu dan akhirnya menyebabkan kekejangan berlaku.

Perlu difahami bahawa ada sawan tarik yang berlaku spontan kerana jin memasuki badan seseorang tersebut. Bentuk-bentuk kekejangan sawan tarik tersebut adalah dipengaruhi dengan saiz badan makhluk halus yang menyerang ke dalam tubuh badan individu tersebut.


Nantikan sambungannya di lain waktu....wassalam.. 





No comments:

Post a Comment